Berita

Komposer A Ali Meninggal Dunia

125views

KUALA LUMPUR, 21 Nov — Komposer A Ali atau nama sebenar, A Ali @ Hamdan Atan, 71, meninggal dunia dalam tidur di kediamannya di Kajang, pagi tadi.

Isteri arwah, Latifah Khamis menyedari suaminya sudah pergi, kira-kira jam 8.30 pagi, lantas segera memaklumkan anak ketiga mereka, Norhuda.

Norhuda berkata, arwah bapanya tidak mempunyai masalah kesihatan kronik dan pemergiannya sangat mengejutkan.

“Alhamdulillah, kesihatan ayah selama ini okay, jantung pun tiada masalah. Malah, setiap tahun kami bawa ayah buat pemeriksaan kesihatan.

“Namun, ajalnya sudah sampai. Allah lebih menyayanginya. Selepas ayah dibawa ke hospital, doktor beritahu jantungnya sudah berhenti lama sebelum menutup mata,” katanya kepada BH Online.

Norhuda berkata, ibu dan arwah sempat menunaikan solat Subuh, pagi tadi.

“Emak beritahu selepas solat, arwah merenung ke luar jendela kira-kira jam 7 pagi tadi.

“Arwah beritahu emak, dia nampak lori mengangkut sampah. Tapi emak hairan kenapa lori sampah datang awal. Emak fikir itu sekadar imaginasi arwah.

“Selepas itu, arwah baring semula di katil. Sangka emak, arwah tidur nyenyak. Rupa-rupanya arwah bapa sudah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.

“Jenazah kemudian dibawa ke hospital berdekatan,” katanya.

Tambah Norhuda, sepanjang hayat, arwah mempunyai pekerti mulia dan tidak pernah bercakap buruk mengenai orang lain.

“Selama saya tinggal bersama, arwah tidak suka menyusahkan anak-anak,” katanya

Arwah A Ali dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan, Kajang selepas Zohor.

Bersama Latifah, arwah yang juga bekas anggota kumpulan Kembara bersama Datuk M Nasir, dikurniakan sembilan anak dan lapan cucu.

Sepanjang karier seninya, arwah yang mampu bermain alat muzik seperti gitar, menaikkan nama penyanyi Zaiton Sameon menerusi lagu Menaruh Harapan yang memenangi Juara Lagu 1987.

Arwah juga mencipta lagu Diriku Terbelenggu nyanyian Francissca Peter dan Rayuanku dendangan Rohana Jalil yang cukup popular pada era 1980-an.

Source Link