Perihal Kongres Rakyat 2021

Kongres Rakyat 2021 merupakan persidangan bagi mengumpulkan idea dan menumpukan usaha rakyat  menangani Pandemik COVID-19 yang tidak kunjung reda sementelah pelbagai usaha dilaksanakan oleh kerajaan. Persidangan ini akan dilaksanakan bermula pada 31 Julai 2021 dan akan berakhir setelah semua usul dibentangkan dan dibahaskan.

Persidangan ini akan adakan secara maya menerusi aplikasi Zoom dan dipancarkan secara Live menerusi Facebook dan Youtube RakyatDotMy, TVRakyat dan lain-lain pages yang berminat.

Semua usul dan resolusi akan diserahkan kepada Kerajaan dan semua Ketua Parti untuk perhatian, penilaian dan tindakan.

Objektif Kongres Rakyat 2021

  1. Memperkasakan Suara Rakyat Secara Tuntas, Telus dan Tulus perihal Pandemik COVID-19 – impak dan kesannya kepada rakyat, ekonomi dan sosial.
  2. Mengumpul dan menyalurkan idea-idea dari Pertubuhan Bukan Kerajaan, Intitusi dan Aktivis untuk dicadangkan kepada Kerajaan dan lain-lain yang berkenaan.
  3. Menyatukan usaha Pertubuhan Bukan Kerajaan, Institusi dan Aktivis bagi membantu rakyat yang memerlukan bantuan secara lebih telus dan bersasar.

Peserta

Semua Pertubuhan Bukan Kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi, Institusi dan Aktivis dialu-alukan menyertai Kongres Rakyat 2021 ini.

Tarikh

31 Julai 2021 bermula 10 pagi sehingga selesai semua usul dan perbahasan

Bidang Usul

Bidang usul yang akan dibentangkan adalah:-

  1. Ekonomi
  2. Kesihatan
  3. Pendidikan
  4. Politik
  5. Sosial dan Kebajikan
  6. Lain-lain yang berkenaan

Penganjur

Pertubuhan Barisan 33 Malaysia, Makmal Media Sosial Kebangsaan