Home Berita Korea Selatan waspada penularan virus cacar monyet

Korea Selatan waspada penularan virus cacar monyet

28
0

SEOUL, 24 Mei (Bernama) — Korea Selatan kekal berwaspada terhadap kemungkinan penularan jangkitan cacar monyet (monkeypox) memandangkan semakin banyak negara melaporkan kes melibatkan virus itu baru-baru ini.

Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) dalam satu taklimat memaklumkan bahawa agensi itu tidak menolak kemungkinan virus itu boleh menular ke negara ini, di tengah-tengah peningkatan perjalanan antarabangsa.

“Kami sedang menjalankan pemantauan kesihatan ke atas pengembara dari negara kes cacar monyet telah dilaporkan,” kata pegawai KDCA, Lee Sang Won lapor Agensi Berita Yonhap.

Setakat bulan ini, sebanyak 171 kes dan 86 kes disyaki jangkitan cacar monyet telah dilaporkan di 18 negara, termasuk di Eropah, Amerika Syarikat, Israel dan Australia.

Virus itu sebelum ini hanya melanda negara-negara di tengah dan barat Afrika. Tiada kes dilaporkan di Korea Selatan setakat ini.

Menurut KDCA pada 2016 Korea Selatan telah mewujudkan skim ujian untuk cacar monyet.

Korea Selatan mempunyai simpanan vaksin mencukupi untuk menyuntik 35 juta orang bagi melawan virus itu.

— BERNAMA

Facebook Comments Box
Previous articleMalaysia mendapat manfaat besar kenaikan harga komoditi – Moody’s Analytics
Next articleKadar inflasi rendah kerana subsidi, kawalan harga barangan
Sistem Automasi Berita