Sabtu, Jun 25, 2022
HomeBeritaKorea Utara lancar peluru berpandu balistik ke Laut Timur

Korea Utara lancar peluru berpandu balistik ke Laut Timur

SEOUL, 25 Mei (Bernama) — Korea Utara pada Rabu melancarkan tiga peluru berpandu balistik ke arah Laut Timur, menurut tentera Korea Selatan.

Menurut Ketua Turus Bersama (JCS) pihaknya mengesan peluru berpandu itu dilancarkan dari kawasan Sunan di Pyongyang pada 6 pagi, 6.37 pagi dan 6.42 pagi dan ia merupakan pelancaran kali ke-17 Korea Utara tahun ini, lapor Agensi Berita Yonhap.

“Sambil memperkukuh aktiviti pemantauan dan kewaspadaan, tentera kami dengan kerjasama erat  Amerika Syarikat, mengekalkan langkah siap siaga sepenuhnya,” menurut JCS.

Pelancaran itu menyusuli spekulasi Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) atau ujian nuklear untuk meningkatkan kehadiran tenteranya, di tengah-tengah wabak COVID-19 dan masalah ekonomi.

— BERNAMA

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular