Sabtu, Jun 25, 2022
HomeBeritaKPLB peruntuk RM80 juta untuk sekuriti makanan

KPLB peruntuk RM80 juta untuk sekuriti makanan

KUANTAN, 21 Mei — Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan RM80 juta untuk melaksanakan program bekalan makanan dalam industri penternakan dan perladangan dalam memastikan sekuriti makanan negara terjamin.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata pelaksanaan peruntukan itu dikendalikan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan FELCRA Berhad, dengan agensi terlibat mengambil inisiatif memperkembangkan dan mengukuhkan gedung makanan utama negara.

KPLB menurut Abdul Rahman memberikan keyakinan kepada FELCRA Berhad untuk melaksanakan projek ternakan berjumlah RM60 juta dalam Rancangan Malaysia ke-12 bagi menjalankan aktiviti ternakan ayam pedaging secara sistem tertutup dalam skala besar di Tanjung Seratus, Rompin.

“Felca Berhad dijangka mampu menghasilkan 600,000 ekor ayam daging bagi satu pusingan atau setiap 35 hari, menjadikan mereka sebagai ┬ásatu┬ádaripada pemain utama industri penternakan ayam pedaging, sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan merancakkan industri perniagaan berkaitan,” katanya menerusi kenyataan media di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata RISDA pula menerima peruntukan RM20 juta bagi pelaksanaan Program Agromakanan melibatkan 1,000 peserta seluruh negara. Program itu merupakan strategi pembangunan untuk mengoptimumkan penambahan pendapatan pekebun kecil di samping memastikan bekalan makanan negara berada pada tahap selamat.

RISDA menerusi syarikat miliknya RISDA Livestock Sdn Bhd (RLSB) telah melaksanakan integrasi fidlot ternakan lembu bagi meningkatkan keluaran daging tempatan berstatus halal bagi memenuhi keperluan produk tersebut.

“RLSB menyasarkan 6,000 ekor lembu dapat diproses bagi menampung keperluan makanan negara pada tahun ini dan akan dipertingkat kepada 10,000 ekor setahun sekali gus mengurangkan kebergantungan sumber bekalan daging import,” katanya.

Abdul Rahman berkata KPLB juga mempunyai pelbagai program berkaitan bekalan makanan yang berjaya seperti Projek Tanaman Fertigasi yang dijadikan sebagai aktiviti penambahan pendapatan peserta kepada Pertubuhan Wanita Dinamis FELCRA (WADIRA) dan golongan belia.

Setakat ini, projek itu memberi impak positif dengan 35 projek telah membuahkan hasil dan beroperasi tanpa gagal seperti projek Tembeling Tengah, Durian Hijau, Sri Makmur Dan Pahang Tenggara yang ditanam dengan tanaman timun, cili dan halia yang memberikan purata hasil antara RM10,000 hingga RM12,000.00.

BERNAMA

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular