info@rakyat.my
Thursday, June 17, 2021
Berita

Ku Nan Dipenjara 12 Bulan, Didenda RM Dua Juta

37views

KUALA LUMPUR, 21 Dis — Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dihukum penjara 12 bulan dan denda RM2 juta oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, selepas didapati bersalah menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati Tengku Adnan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir pembelaan terhadap kes pendakwaan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh yang juga Ahli Parlimen Putrajaya menjalani tambahan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Bagaimanapun, peguam Datuk Tan Hock Chuan yang mewakili Tengku Adnan memohon penangguhan hukuman penjara sementara menunggu rayuan.

Mahkamah kemudian membenarkan penangguhan hukuman penjara dan denda terhadap tertuduh.

Terdahulu, Tengku Adnan atau lebih dikenali sebagai Ku Nan yang baru saja menyambut ulang tahunnya yang ke-70, semalam, dilihat hanya tunduk dan berdiam diri sepanjang keputusan itu dibacakan terhadapnya.

Source Link