info@rakyat.my
Friday, June 18, 2021
Berita

Kuarantin: Hishammuddin Tidak Sertai Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN-China

62views

KUALA LUMPUR, 6 Jun — Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kini tidak lagi berada dalam keadaan yang sesuai untuk menyertai Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN-China di Chongqing, China yang dijadualkan esok, dan melakukan lawatan kerja rasmi ke Mesir, Kuwait dan Qatar.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan hari ini menyatakan, Kementerian Kesihatan (MOH) telah mengenal pasti Hishammuddin, sebagai kontak rapat kepada seorang yang telah disahkan positif selepas menjalani ujian saringan PCR COVID-19.

“Walaupun Menteri Luar itu telah pun menjalani dua ujian PCR yang keputusannya negatif – namun di bawah garis panduan yang dikeluarkan MOH, beliau perlu menjalani kuarantin wajib dan pengasingan kendiri,” menurut kenyataan tersebut.

Wisma Putra menyatakan, Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar akan mewakili Hishammuddin selaku ketua delegasi ke Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN-China yang telah dijadualkan itu.

Hishammuddin juga menangguhkan lawatan kerjanya ke Mesir, Kuwait dan Qatar, dan tarikh baharu akan ditetapkan menerusi perbincangan dengan kerajaan negara-negara terbabit, dan kementerian itu bekerjasama rapat dengan rakan sejawat di negara-negara tersebut untuk tujuan itu.

— BERNAMA

Source link