info@rakyat.my
Thursday, June 17, 2021
Berita

Lagenda Bola Sepak Maradona Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

34views

BUENOS AIRES, 26 Nov — Legenda bola sepak Argentina Diego Maradona meninggal dunia pada Rabu, lapor agensi berita Sputnik memetik penyiar Argentina TN.

Juara Piala Dunia 1986 itu berusia 60 tahun.

Beliau dibawa ke hospital untuk pemeriksaan perubatan pada 30 Oktober, tetapi kemudiannya diumumkan  telah menjalani satu pembedahan di bahagian kepala. Maradona dibenarkan pulang pada 12 November.

Sementara itu, Agensi Anadolu melaporkan Maradona meninggal dunia setelah mengalami serangan jantung di rumahnya di Tigre, Argentina.

— BERNAMA

Source link