Sabtu, Jun 25, 2022
HomeBeritaLahirkan graduan isi profesion pertahanan, keselamatan perlu diteruskan

Lahirkan graduan isi profesion pertahanan, keselamatan perlu diteruskan

KUALA LUMPUR, 18 Jun — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, negara perlu terus berusaha melahirkan graduan anak tempatan untuk mengisi profesion bernilai tinggi dalam bidang strategi pertahanan dan keselamatan yang semakin dinamik.

Justeru titah Baginda pihak berkenaan, seperti Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) perlu terus meneroka bidang ilmu terbaharu, bagi menentukan negara sentiasa mempunyai barisan pemikir dan sarjana, yang berupaya merangka pelan jangka panjang bagi melindungi kepentingan strategik negara.

“Semua rakan strategik UPNM, khususnya Kementerian Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia dan industri pertahanan, untuk terus mengukuhkan sinergi yang telah terbentuk erat demi menjulang UPNM ke tahap yang tinggi,” titah Seri Paduka sempena Istiadat Konvokesyen ke-11, sidang pertama, UPNM di Pusat Dagangan Dunia di sini, hari ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Turut hadir Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad dan Naib Canselor UPNM Lt. Jen. Datuk Hasagaya Abdullah.

BERNAMA

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular