Sabtu, Jun 25, 2022
HomeBeritaLebih 10 rumah musnah dalam kebakaran

Lebih 10 rumah musnah dalam kebakaran

PUTATAN, 16 Jun (Bernama) — Lebih 10 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Contoh, Petagas di sini malam ini.

Ketua Polis Daerah Penampang DSP Mohd Haris Ibrahim berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah pada kira-kira pukul 9 malam tadi.

“Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini malam ini.

Jurucakap JBPM Sabah pula ketika dihubungi berkata pasukan bomba tiba di lokasi kejadian pada pukul 9.37 malam sebelum berjaya mengawal kebakaran pada pukul 10.38 malam ini.

“Seramai 28 orang anggota bomba daripada Balai Bomba Penampang dan Kota Kinabalu terlibat dalam operasi memadam kebakaran, keadaan gelap menyukarkan bomba untuk mengenal pasti jenis rumah terlibat dan kerja-kerja siasatan masih dijalankan,” katanya.

BERNAMA

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular