Berita

Lebih 2.25 Juta Dos Vaksin Untuk Program Imunisasi Fasa Dua

Gambar Ihsan BERNAMA
94views

PUTRAJAYA, 19 Apr — Malaysia dijadualkan menerima lebih 2.25 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech serta Sinovac, bulan ini dan Mei depan, untuk menampung pelaksanaan fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Menteri Penyelaras program itu, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata tiga siri penghantaran bekalan vaksin Pfizer-BioNTech terbabit dijangka tiba di Malaysia, minggu ini.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, bekalan tambahan pertama dijadualkan tiba pada Rabu ini membabitkan sejumlah 128,700 dos, diikuti 36,270 dos (Khamis) dan 12,870 dos (Jumaat).

Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin berkata, Kementerian Pendidikan sedang mengumpulkan senarai guru swasta dan kerajaan yang bakal dimasukkan sebagai penerima vaksin pada fasa kedua program imunisasi.

Beliau menjelaskan, senarai guru dikenal pasti itu akan diberikan tarikh janji temu bagi mendapatkan suntikan pelalian masing-masing.

Namun, katanya, pemberian vaksin itu kepada golongan pendidik akan turut bergantung pada jumlah bekalan semasa pelalian yang ada di Malaysia.

Source Link