info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

Lelaki Terjatuh Sungai Ditemukan Lemas

81views

NIBONG TEBAL, 13 Nov — Seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh ke dalam sungai di Kampung Sanglang, di sini pagi semalam ditemukan lemas hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata mayat Oi Kian Wat, 56, ditemukan dalam keadaan terapung di sungai itu, oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira pukul 10.40 pagi.

“Mayat mangsa ditemui pada jarak kira-kira lima meter dari tempat dia dipercayai terjatuh semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, bomba menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 9.18 pagi semalam dan terus menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa sehingga 7 malam semalam, namun tidak menemuinya.

Mayat dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk dibedah siasat.

— BERNAMA

Source link