Berita

Lima Remaja Ditahan Langgar SOP, Tiga Positif Dadah

51views

ALOR SETAR, 16 Nov — Lima remaja bawah umur ditahan dalam serbuan polis jam 12.30 tengah malam tadi di sebuah dewan persendirian, di Jalan Langgar dekat sini.

Mereka yang masing-masing berusia 13, 14, 18 dan dua lagi berusia 17 tahun ditahan bersama lapan yang lain berusia antara 19 hingga 21 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Nor Azman Mohd Nor, berkata pemeriksaan mendapati tujuh daripada mereka positif dadah, manakala yang lain ditahan kerana melanggar Peraturan 22 (B) Akta 342 dan Peraturan 11 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Tujuh daripadanya positif dadah termasuk tiga remaja perempuan berusia 15, 17 dan 18 tahun.

“Mereka ditahan dalam bilik sempit dalam dewan berkenaan yang disewa pada harga RM50 satu malam.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati mereka positif ketamin dan methampetamine,” katanya.

Nor Azman berkata, pemeriksaan di dua lagi bilik bersebelahan mendapati terdapat dua pasangan berusia 17 hingga 19 tahun di dalamnya. Mereka turut ditahan kerana melanggar PKPB

“Mereka yang didapati positif turut disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Bagaimanapun dua pasangan lagi disiasat kerana melanggar PKPB dan diserahkan kepada penguat kuasa JAIK kerana disyaki berkhalwat,” katanya.

Source Link