info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

Lorong Kiri, Kecemasan Putrajaya-Plaza Tol Putrajaya Ditutup Untuk Kerja Penyelanggaraan

112views

KUALA LUMPUR, 19 Feb — Lorong kiri dan lorong kecemasan Lingkaran Putrajaya antara Putrajaya ke Plaza Tol Putrajaya/Lebuh raya ELITE di Kilometer (KM) 2.2 hingga KM 2.0 arah utara, akan ditutup untuk semua kenderaan selama sebulan untuk kerja penyelenggaraan.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan proses penutupan akan dilakukan bermula jam 10 malam Ahad ini hingga jam 5 pagi, 22 Mac depan.

“Penutupan kedua-dua lorong itu bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan jalan dilaksanakan dengan lancar.

“Walau bagaimanapun, lorong kanan di laluan terbabit masih boleh dilalui oleh semua kenderaan,” katanya.

Kata kenyataan itu, kerja penyelenggaraan berkenaan sebagai usaha dan inisiatif berterusan PLUS untuk meningkatkan keselamatan dan keselesaan di lebuh raya terbabit.

“Pelanggan yang menghala ke Plaza Tol Putrajaya/Lebuh raya ELITE dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini melalui paparan kamera litar tertutup (CCTV) yang disediakan.

“Pelanggan juga boleh mendapatkan bantuan pasukan PLUSRonda dengan menekan butang SOS pada aplikasi itu.

“Pada masa sama, mereka juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan PLUS ketika melalui kawasan berkenaan,” katanya.

Source Link