info@rakyat.my
Friday, June 18, 2021
Berita

Mahathir Tidak Sokong Belanjawan 2021 Kementerian Pendidikan

36views

KUALA LUMPUR, 15 Dis — Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil keputusan untuk tidak menyokong peruntukan Belanjawan 2021 Kementerian Pendidikan kerana tidak memperuntukkan sebarang cadangan untuk kaedah pendidikan yang lebih sesuai dengan keperluan anak muda pada masa depan.

“Rakyat rata-rata berpendapat bahawa dasar pelajaran atau pendidikan negara sudah tidak sesuai dengan peralihan zaman.

“Benar pendidikan bertujuan membekal anak muda dengan ilmu, tetapi ilmu perlu sesuai dengan cara hidup masa depan anak muda.

“Kita orang Islam memang wajib mengetahui agama Islam yang kita anuti, tetapi kita juga wajib sediakan diri untuk dunia di waktu mana kita perlu bekerja untuk membiayai kehidupan kita. Adalah penting masa untuk mempelajari agama diagih supaya masa untuk kehidupan duniawi mencukupi,” katanya.

Beliau yang Ahli Parlimen Langkawi berkata demikian ketika perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pendidikan, di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau yang Ahli Parlimen Langkawi berkata demikian ketika perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pendidikan, di Dewan Rakyat, hari ini.

Source Link