info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

MAIS Lancar Kempen Salur Wang Tidak Patuh Syariah Ke Baitulmal

23views

SHAH ALAM, 17 Feb — Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melancarkan Kempen Penyaluran Wang Tidak Patuh Syariah ke Baitulmal MAIS bagi memberi kesedaran orang ramai menguruskan harta secara bijaksana mengikut tuntutan hukum syarak.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof, berkata kempen itu dijadualkan berlangsung sepanjang Rejab 1442H hingga 14 Mac depan.

“Menerusi kempen ini, MAIS mengajak orang ramai supaya membersihkan harta diperoleh agar kehidupan yang dilalui penuh dengan keberkatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menjelaskan lanjut, Abd Aziz berkata, wang tidak patuh syariah adalah wang atau harta diperoleh daripada sumber haram seperti transaksi riba, hasil jualan barang curi, duit rasuah, hasil rompakan, duit loteri dan perlindungan insurans konvensional.

Sehubungan itu, beliau berkata, pelbagai program diatur sepanjang Rejab melalui kempen berkenaan.

Antaranya, hebahan info mengenai wang tidak patuh syariah, klip video penerangan, poster menarik, webinar kesedaran mencari rezeki halal, dan kuliah penerangan di masjid serta surau secara dalam talian.

“Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat aktiviti kempen ini boleh mengikuti perkembangan menerusi Facebook MAIS.

“Individu yang ingin melupuskan wang tidak patuh syariah pula boleh melakukannya secara dalam talian melalui https://www.mais.gov.my/wang-tak-patuh-syariah/,” katanya.

Source Link