info@rakyat.my
Thursday, June 17, 2021
Berita

Majlis Sosial, Seminar, Kursus Dan Lain-Lain Sudah Dibenarkan

40views

KUALA LUMPUR, 2 Mac — Majlis sosial seperti resepsi perkahwinan, kenduri, doa selamat dan majlis hari jadi kini dibenarkan untuk diadakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata majlis perkahwinan bagi agama lain juga dibenarkan kerajaan.

“Mengenai majlis sosial, semua majlis rasmi dan tidak rasmi seperti kenduri-kendara, majlis perkahwinan, resepsi, akikah, doa selamat, sambutan hari kelahiran, ‘reunion’ dan lain-lain dibenarkan. Ia juga diperluaskan kepada mereka yang beragama lain.

“Kehadiran ke premis pula adalah 50 peratus bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan mengikut keluasan premis dengan penjarakan fizikal di kawasan PKP Pemulihan (PKPP),” katanya pada sidang akhbar, hari ini.