Sabtu, Jun 25, 2022
HomeBeritaMalaysia kutuk sekeras-kerasnya serangan di gereja di Ondo, Nigeria

Malaysia kutuk sekeras-kerasnya serangan di gereja di Ondo, Nigeria

PUTRAJAYA, 7 Jun (Bernama) — Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bersenjata ke atas Gereja Katolik St. Francis di Ondo, Nigeria pada Isnin yang meragut sekurang-kurangnya 50 nyawa.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan Malaysia berharap pihak yang bertanggungjawab atas perbuatan keji ini dibawa ke muka pengadilan.

“Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan dan rakyat Nigeria, terutama buat keluarga dan mangsa yang terlibat dalam serangan itu.

“Malaysia menolak sekeras-kerasnya segala bentuk keganasan yang menjejaskan keamanan dan keselamatan serantau,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular