Sabtu, Jun 25, 2022
HomeBeritaMalaysia perlu tubuhkan suruhanjaya bebas berkaitan perubahan iklim

Malaysia perlu tubuhkan suruhanjaya bebas berkaitan perubahan iklim

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) — Terdapat keperluan untuk Malaysia menubuhkan suruhanjaya bebas mengenai perubahan iklim, bagi dipertanggungjawabkan memantau dan melaporkan pencapaian pengurangan pelepasan karbon dioksida tahunan kepada orang ramai ataupun parlimen dalam melihat kemajuan negara dalam mencapai sifar karbon menjelang 2050.

Mantan Presiden Persekutuan Persatuan Perubatan Swasta Dr Milton Lum berkata walaupun 2050 masih jauh, tetapi  persoalannya ialah apakah pencapaian yang hendak dicapai negara ke arah itu dan siapakah yang akan melaporkan pencapaian itu dan kepada siapa.

“Terdapat perbincangan mengenai perubahan iklim, tetapi tiada sesiapa yang risau mengenainya, kerana ia bukan sesuatu yang berlaku dan memberikan ancaman mendadak. Ia tidak menenggelamkan, tetapi jika ia satu ancaman segera seperti COVID-19, semua akan patuhinya seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.

“Semua perlu sedar bahawa wujudnya masalah ini dan ia bermakna pihak berkuasa perlu menyedarkan orang ramai yang terdapatnya masalah (perubahan iklim) ini.

“Kerajaan perlu merancang kaedah menganganinya dan memastikan kaedah itu diterima dan dilaksanakan oleh orang ramai, kerana ia suatu cabaran yang besar,” katanya pada program Bernama TV ‘The Nation : Impak Perubahan Iklim Terhadap Kesihatan Manusia’, di sini hari ini.

Dr Lum berkata ramai orang  tidak menganggap perubahan iklim sebagai satu masalah, tetapi jika digunakan sains kelakuan seperti yang dikatakan Menteri Kesihatan Khairy jamaludin di Geneva baru-baru ini, anda akan dapat menyampaikan mesej anda dengan lebih baik.

Beliau berkata Khairy menyatakan mengenai penggunaan sains kelakuan dan aplikasinya dalam meningkatkan kadar vaksinasi COVId-19 di negara ini, yang merupakan suatu yang perlu dipuji kerana maklumat tentang COVID-19 telah disampaikan dengan lebih berkesan.

“Penyebab utama perubahan iklim ialah aktiviti manusia, terutamanya pembakaran bahan api fosil seperti arang batu, minyak dan gas, dan ini menyebabkan pelepasan gas rumah hijau yang terutamanya karbon dioksida dan metana.

“Terdapat tapak pelupusan sampah menyebabkan pelepasan metana dan dianggarkan bahawa pelepasan karbon dioksida masa kini adalah tertinggi dalam tempoh dua juta tahun dan ia bukanlah satu angka yang boleh diremehkan,” katanya.

Dr Lum berkata kita telahpun melihat kesan perubahan iklim pada kesihatan manusia, bekalan air dan sekuriti makanan kerana apabila bekalan air terjejas, ia meningkatkan lagi penyebaran penyakit yang tersebar melalui air dan kekurangan bekalan air bersih akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit lain.

“Sekuriti makanan adalah masalah yang disebabkan perubahan iklum dan akan menyebabkan kekurangan zat dan berdasarkan kepada penemuan Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA), Malaysia mempunyai kadar kekurangan zat tertinggi di rantau ASEAN.

“Negara-negara Scandinavia telah menunjukkan bahawa negara itu dapat mengurangkan perubahan iklim pada ketika peningkatan ekonomi mereka dan Malaysia harus belajar daripada mereka,” katanya.

— BERNAMA

Sumber

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular