Sabtu, Jun 25, 2022
HomeBeritaMaloney umumkan skuad akhir B-23 Piala Asia esok

Maloney umumkan skuad akhir B-23 Piala Asia esok

SHAH ALAM, 27 Mei (Bernama) — Senarai akhir 23 pemain skuad Bawah-23 (B-23) Kejohanan Piala Asia  di Tashke, Uzbekistan hanya akan diumumkan selepas latihan terakhir mereka, esok.

Jurulatih B-23 Kebangsaan Brad Maloney berkata walaupun mungkin tidak akan membuat sebarang perubahan kepada senarai akhir, 50 pemain yang kini berada dalam senarai asal masih berpeluang untuk mendapatkan tempat meeka, sebelum pasukan itu berlepas Ahad ini.

“Saya tidak pernah kata saya tidak ak membuat sebarang perubahan, tetapi pintu sentiasa terbuka untuk pemain yang bagus, jika mereka ada sebelum kami berlepas.

“Kami mempunyai 50 pemain berdaftar, jadi asasnya mana-mana pemain dalam pendaftaran itu masih di bawah pertimbangan dan kami akan membuat keputusan akhir atas pemain yang ada, selepas sesi latihan esok,” katanya pada sesi latihan di pusat Latihan Sime Darby di sini hari ini.

Skuad Harimau Muda berhadapan cabaran besar apabila mereka diundi bersama juara bertahan Korea Selatan dalam Kumpulan C.

Selain Korea Selatan, Malaysia juga berhadapan dengan kuasa rantau ini, Thailand dan naib juara 2018, Vietnam.

BERNAMA

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular