Sabtu, Jun 25, 2022
HomeBeritaMansuh AP: MPN mahu kerajaan jaga kepentingan pengusaha makanan, pertanian

Mansuh AP: MPN mahu kerajaan jaga kepentingan pengusaha makanan, pertanian

BUKIT MERTAJAM, 21 Mei — Majlis Pemulihan Negara (MPN) memohon kerajaan menjaga kepentingan para pengusaha sektor makanan dan pertanian negara agar pemansuhan keperluan permit import (AP) terhadap bahan makanan nanti tidak membawa kesan negatif kepada golongan itu.

Pengerusi MPN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sewajarnya walaupun itu sudah diputuskan, untuk tempoh awal ini mesti ada cara bagi kerajaan memberikan perhatian untuk membantu pengusaha tempatan supaya tidak terjejas dengan perubahan dasar.

“Saya menyokong pemansuhan AP terhadap makanan ini namun dalam keadaan ia memberikan keuntungan kepada pengguna, kita tidak mahu para pengusaha pula yang akan rugi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran Gerakan Pulau Pinang di sini hari ini.

Jelasnya, tujuan asal AP ini adalah untuk melindungi pengeluar tempatan iaitu pengimport dibenarkan dengan kuota tertentu supaya tidak beri kesan negatif kepada pengusaha tempatan.

Rabu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata kerajaan bersetuju untuk tidak mengenakan AP bagi mengimport sebarang bahan makanan berkuat kuasa serta-merta.

Ismail Sabri berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan beliau bagi memastikan bekalan makanan negara mencukupi.

BERNAMA

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular