info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Perniagaan

Mara Syor Peniaga Manfaat Dana PKS Penjana

Gambar ihsan Harian Metro
82views

KUALA LUMPUR, 7 Okt — Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Zulfikri Osman mengalu-alukan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas kerana COVID-19 untuk segera memohon tawaran pembiayaan PKS Penjana berjumlah RM300 juta yang diperuntukkan kerajaan kepada agensi tersebut demi kelangsungan perniagaan mereka.

Zulfikri yang ditemui selepas program Prihatin MARA-AEON Bersama PKS di pusat membeli-belah AEON di sini mendakwa, bagi tujuan membantu PKS meningkatkan kembali perniagaan mereka, Mara tidak menghadkan jumlah permohonan serta tidak meletakkan syarat permohonan yang ketat malah, setakat ini sebahagian daripada permohonan yang diterima telahpun lulus dan mendapat pembiayaan masing-masing.

Walaupun pembiayaan PKS Penjana Mara boleh dimohon secara dalam talian namun bagi usahawan yang memerlukan maklumat lanjut boleh hadir ke mana-mana premis Mara seluruh negara untuk mendapatkan penerangan yang lebih terperinci.

Menurut Zulfikri, jumlah pembiayaan PKS Penjana yang akan disalurkan akan dinilai berdasarkan kepada beberapa aspek, antaranya penyata kewangan syarikat, modal pusingan, bayaran sewa dan kadar penggajian pekerja.

Mengulas mengenai kerjasama Mara-AEON yang bermula sejak Jun lalu, Zulfikri berkata, secara kasarnya, sebagai permulaan, program kerjasama di lima pusat beli-belah AEON ini telah memberi manfaat kepada 29 usahawan PKS dengan nilai jualan keseluruhan mencecah RM2 juta.

Kerjasama Mara-AEON ini juga merupakan salah satu inisiatif Mara bagi membantu usahawan PKS yang terkesan dengan pandemik COVID-19, tambahnya Zulfikri lagi.

Leave a Response