Masak Telur Guna Airfryer, Cara MALAS Tak Perlu Rebus, Cuma 10 Minit Siap!

Masak telur. Mungkin kita dah terbiasa dengan rebus dalam air mendidih dan tunggu beberapa minit untuk masak. Senang sangat kan. Mungkin untuk masak telur ambil masa mak-mak juga. Nak tunggu berapa minit supaya masa elok dan kalau terleka takuntya kering pula air untuk rebus telur tersebut.

Jadi, untuk mudahkan mak-mak terutamanya yang ada airfryer, anda boleh gunakan untuk masak telur. Jangan terhadkan kepada masakan tertentu saja. Ini antara perkongsian daripada Ida Shahida untuk masak telur rebus. Boleh cuba di rumah nanti.

CARA Setting Buat TELUR Separuh Masak Guna Air Fryer, Memang Menjadi!

Masak Telur Rebus Guna Airfryer Lepas ini kalau malas nak rebus telur boleh masak dalam airfryer je.

Bahan:10 biji telur

Masa: 10 minit.

Caranya:Cuci telur elok elokTerus Masukkan kedalam ‘ basket’ airfryerMasukkan suhu 180 masa 10 minitTekan ‘ start’

Elok kejadiannya. Dah boleh makan. Bagi telur separuh masak, gunakan suhu 160’ dan masa 5 minit.(Bergantung kepada telur gedik yang inginkan. Boleh adjust masaknya. Tapi, sebenarnya bergantung kepada berapa biji nak rebut. Semakin sikit, semakin sekejap masa untuk memasak.

Petua Untuk Mudah Kupas Kulit Telur

Masukkan telur yang masih panas tu ke dalam mangkuk yang berisi air.Bagi tenggelam telur . (Boleh sejukkan dulu telur rebus itu.)Kemudian kupaslah kulit telur tu di dalam air satu persatu..Hasilnya sangat cantik dan tiada telur yang akan terkoyak isinya.

Selamat mencuba.

Sumber: Ida Shahida

Source link

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button