Home Berita Maut tersepit mesin konveyor

Maut tersepit mesin konveyor

39
0

IPOH, 19 Mei (Bernama) — Seorang juruteknik mekanikal maut dipercayai tersepit pada mesin konveyor di sebuah kilang simen di Gopeng dekat sini hari ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak Supian Alias berkata insiden yang menimpa remaja berusia 19 tahun itu berlaku ketika mangsa diarah untuk siap siaga di kawasan ‘coal conveyor belt’ sebelum memulakan kerja penyelenggaraan pada kira-kira 9.55 pagi.

“Siasatan awal mendapati Muhammad Hilmi Badrul Hisham telah ditemukan dalam keadaan tersepit pada bahagian ‘tail drum conveyor’ oleh rakan sekerjanya.

“Mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Kampar sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor perubatan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, beliau berkata pihaknya telah menyita dan mengeluarkan larangan kacau ganggu terhadap jalur sistem konveyor tersebut hingga siasatan lanjut serta tindakan penambahbaikan diambil oleh majikan.

Katanya JKKP akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab jika melanggar peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Facebook Comments Box
Previous articlePengorbanan Sharmendran berbaloi, raih emas hatrik
Next articleIndustri pelancongan Malaysia tingkat usaha promosi di India
Sistem Automasi Berita