info@rakyat.my
Thursday, June 17, 2021
Berita

Mayat Bayi, Kanak-Kanak Dijumpai Hanyut Di Persisiran Pantai Libya

74views

TRIPOLI (Libya), 28 Mei — Mayat enam pelarian termasuk seorang bayi, seorang kanak-kanak dan seorang wanita ditemui terdampar di persisiran pantai di Libya pada Khamis.

Menurut sumber tempatan, penduduk kota barat Zuwara telah menghubungi pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat berkenaan penemuan mayat itu, lapor Agensi Anadolu.

Anggota keselamatan menemui mayat dua kanak-kanak itu, seorang wanita dan tiga lelaki yang lain.

Kesemua identiti mangsa tidak dapat dipastikan, dan mereka dipercayai warganegara asing yang cuba belayar ke Mediterranean dengan menaiki bot getah dari Libya.

Sumber mengatakan operasi mencari diteruskan di sepanjang 90 kilometer persisiran pantai oleh pasukan keselamatan untuk mencari sekiranya terdapat mayat lain.

Sumber mengatakan kesemua mangsa mungkin telah lemas beberapa hari lalu dan hanyut ke pantai sekurang-kurangnya dua hari lepas, kata laporan itu.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Libya menjadi lokasi penting bagi pendatang asing Afrika untuk menyeberang ke Eropah untuk menyelamatkan diri daripada kemiskinan dan konflik.

Menurut angka dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sekurang-kurangnya 632 pelarian lemas di laut Mediterranean sehingga tahun ini.

Sementara itu seramai 1,489 warga asing ditangkap di laut dari 16-22 Mei dan dihantar kembali ke Libya, menurut data Organisasi Antarabangsa untuk Migrasi (IOM).

Source link