info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

Mayat Lelaki Dipercayai Dibunuh Di Letak Atas Jalan

88views

KUALA LUMPUR, 19 Nov — Polis menemui mayat seorang lelaki dipercayai dibunuh di Jalan Bangsar pagi tadi.

Sehubungan dengan itu, laluan dari arah KL Sentral ke Abdullah Hukum ditutup bagi membolehkan polis membuat siasatan di lokasi kejadian.

Penutupan laluan tersebut turut dimaklumkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi ciapan di akaun Twitter ITIS DBKL pada 7.20 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid mengesahkan bahawa pasukan forensik telahpun dihantar ke lokasi untuk menjalankan siasatan berhubung dengan kes bunuh tersebut.

“Siasatan masih dijalankan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan nanti,” katanya ketika dihubungi.

Source Link