MCA adakan AGM secara tertutup tahun ini

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) — MCA akan mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) ke-69 parti itu secara tertutup pada 17 dan 18 Dis ini.

Setiausaha Agung MCA Datuk Chong Sin Woon berkata keputusan itu juga terpakai untuk AGM sayap Belia dan Wanita parti itu.

Beliau berkata kehadiran yang terbuka kepada perwakilan pusat parti dan kedua-dua sayap MCA.

“Justeru, ketiga-tiga AGM bagi parti, Belia dan Wanita MCA tahun ini tidak akan menjemput mana-mana tetamu sama ada daripada pimpinan tertinggi Barisan Nasional, wakil pertubuhan dan persatuan Cina, badan bukan kerajaan atau ketua perwakilan asing dan pengamal media,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Chong juga berkata perbincangan dan pascanilai akan memfokus kepada prestasi MCA pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Katanya MCA percaya ini adalah saat yang kritikal untuk parti itu membuat penilaian kendiri dan membincangkan hala tuju masa depan.

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button