MEF harap OCS pekerja asing akan kekal di bawah KSM

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) — Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) mencadangkan agar pengambilan dan pengurusan pekerja asing termasuk pembantu rumah asing dikekalkan di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) bagi memastikan keberkesanan perniagaan.

MEF berharap kementerian itu kekal mentadbir serta menguruskan pengambilan pekerja asing di bawah Sistem Satu Saluran (OCS).

“KSM berada dalam kedudukan yang lebih baik bagi melaksanakan kelulusan yang diperlukan dan bukannya penglibatan rentas kementerian, yang membuang terlalu banyak masa dengan birokrasi selain meningkatkan kos.

“MEF percaya bahawa KSM sebagai pihak yang mengawal selia pekerja asing yang bekerja dengan majikan dan kesatuan sebaiknya menjadi kementerian sehenti untuk menguruskan OCS,” kata Presiden MEF Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman dalam satu kenyataan.

Beliau berkata di bawah prinsip kerjasama tiga pihak ini, majikan dan pekerja serta kesatuan sekerja telah mengadakan banyak mesyuarat dengan KSM untuk membincangkan dasar buruh dan menyelesaikan perkara berkaitan sumber manusia.

Justeru, pegawai-pegawai KSM daripada Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Tenaga Manusia, Jabatan Pembangunan Kemahiran serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan adalah lebih maklum mengenai situasi sebenar di lapangan,” katanya.

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button