Berita

Mengidam Buah Rambutan, Warga Emas Tersangkut Atas Pokok

135views

KLUANG, 29 Mac — Gara-gara mahu memetik buah rambutan, seorang warga emas tersangkut di atas pokok itu dalam kejadian di Jalan Suria, Kluang di sini, pagi tadi.

Difahamkan, lelaki berusia 66 tahun itu terpaksa menahan kesakitan kira-kira 20 minit sebelum diselamatkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Akob Sidek, berkata pihaknya menerima panggilan jam 9.38 pagi berhubung kejadian.

Katanya, kaki mangsa tersangkut di dahan pokok itu pada ketinggian tiga meter.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar terdapat seorang mangsa lelaki dewasa tersangkut diatas dahan pokok rambutan berketinggian tiga meter.

“PKO bertindak untuk memotong dahan itu dengan menggunakan parang. Setelah kerja pemotongan selesai mangsa dibawa turun dengan selamat menggunakan tangga.

“Mangsa hanya melecet di bahagian kaki yang tersepit,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Source Link