Menteri Sedang Bincang Bersama SKMM Dan Syarikat Telekomunikasi Untuk Kurangkan Harga Perkhidmatan

Menteri Komunikasi dan Digital hari ini berkongsi melalui temuramah di radio Nasional FM, mengatakan pihak mereka sedang berbincang dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bersama-sama syarikat-syarikat telekomunikasi dalam usaha mengurangkan kos harga kepada pengguna.

Menurut Menteri Fahmi Fadzil, ramai anak muda yang berharap agar harga langganan talian dapat dikurangkan, dan kini kajian sedang dilakukan berkenaan apa yang boleh dilakukan dalam minggu-minggu akan datang.

Pada masa yang sama, menteri turut mengacah sebuah pengumuman khas akan dilakukan berkaitan dengannya dalam beberapa minggu lagi.

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button