info@rakyat.my
Thursday, June 17, 2021
Berita

Mesin Penapis Air Menyumbang Kepada Peningkatan Bil Elektrik

33views

KUALA LUMPUR, 3 Mac — Ketua Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB) Selangor, Ismail Lathifi Teh menyatakan bahawa mesin penapis air yang mempunyai fungsi pemanas dan penyejuk turut menyumbang kepada peningkatan bil elektrik terutama ketika cuaca panas yang sedang melanda negara.

Ia adalah berikutan dengan aduan pengguna yang menerima bil elektrik yang tinggi walaupun tidak menggunakan penyaman udara.

Tegasnya, bukan hanya penyaman udara sahaja yang menyebabkan peningkatan bil elektrik tetapi apa sahaja peralatan yang mempunyai kompressor seperti peti sejuk dan mesin penapis air memerlukan tenaga elektrik yang besar lalu menyumbang kepada peningkatan bil elektrik.

Ketika air didalam mesin penapis air telah habis digunakan, air baharu akan diisi semula menyebabkan kompressor bekerja untuk menyejukkan air tersebut.

Proses isian semula dan penyejukkan ini memerlukan penggunaan tenaga elektrik dan kekerapan isian semula dan penyejukkan air dalam mesin penapis air menyebabkan bil elektrik melambung.

Selain itu, bila elektrik juga meningkat mengikut kekerapan pengguna membuka pintu peti sejuk.

Untuk menjimatkan elektrik, pengguna disarankan supaya kerap melakukan servis terhadap penyaman udara supaya ia dapat berfungsi dengan efisyen dan menjimatkan.

Selain itu, pengguna juga disaran untuk menetapkan suhu antara 24 hingga 26 darjah Celcius pada penyaman udara mereka bagi menjimatkan elektrik.

Penetapan pemasa juga boleh dilakukan pada penyaman udara supaya penyaman udara ditutup awal ketika udara sejuk contohnya seawal dua pagi dan menggunakan kipas untuk mengekalkan suhu sejuk.