Sabtu, Jun 25, 2022
HomeBeritaMesyuarat Khas Menteri Luar Asean-India diadakan minggu depan

Mesyuarat Khas Menteri Luar Asean-India diadakan minggu depan

Oleh Shakir Husain

NEW DELHI, 9 Jun (Bernama) — Menteri Luar ASEAN dan India akan bertemu di New Delhi minggu depan ketika kedua-dua pihak meraikan kejayaan baharu dalam hubungan mereka.

“India akan menjadi tuan rumah Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN-India (SAIFMM) pada 16-17 Jun 2022 untuk menandakan ulang tahun ke-30 hubungan dialog kami dan ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik kami dengan ASEAN,” menurut kenyataan Kementerian Luar.

Menteri Luar India Subrahmanyam Jaishankar dan Menteri Luar Singapura Vivian Balakrishnan bersama mempengerusikan mesyuarat yang akan dihadiri rakan sejawatan mereka di Asia Tenggara dan Setiausaha Agung ASEAN Datuk Lim Jock Hoi.

Pertemuan menteri-menteri luar akan diikuti dengan persidangan Dialog Delhi edisi ke-12.

BERNAMA

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular