Microsoft Akan Matikan Sepenuhnya Internet Explorer 11 Melalui Kemaskini Microsoft Edge

Microsoft sedia mengumumkan penamatan Internet Explorer sebelum ini, tetapi masih terdapat beberapa pengguna yang masih menggunakannya.

Dalam menamatkannya sepenuhnya, kini Microsoft merancang sebuah kemaskini melalui Microsoft Edge untuk peranti Windows 10, dan sekaligus akan menamatkan akses kepada Internet Explorer 11 melaluinya.

Microsoft merancang untuk memperkenalkan kemaskini ini pada 14 Februari 2023 kelak.

Sebelum ini, Microsoft merancang untuk menawarkan kemaskini yang mematikan akses Internet Explorer ini melalui Windows Update, tetapi kini ia dikongsikan akan dilakukan melalui kemaskini Microsoft Edge. Dengan langkah ini, proses tersebut dijangka dilakukan dengan lebih mudah dan teratur lagi.

Microsoft sebelum ini telah menamatkan sokongan INternet Explorer pada 15 Jun 2022, tetapi masih terdapat sejumlah organisasi yang masih menggunakan Internet Explorer.

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button