MINDEF akan laksana Peluang Kerjaya Kedua, Program Inisiatif Perumahan Veteran ATM – Tok Mat

Dua polisi khusus demi membela sosioekonomi veteran ATM

KUALA LUMPUR, 5 Jan. – Agenda memperkasa sosioekonomi veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terus menjadi tumpuan dalam Kertas Putih Pertahanan (KPP) bagi tempoh tahun 2021 hingga 2030, iaitu penerbitan dokumen susulan bagi Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan (RTKP), Rangka Tindakan Kapasiti Pertahanan (RTKP) dan Pelan Pelaburan Pertahanan Negara (3PN).

Menteri Pertahanan Dato’ Seri Utama Mohamed Hasan yang juga Timbalan Presiden Umno Malaysia berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 di Auditorium Wisma Pertahanan pada pada hari ini (5 Januari).

SEMARAKKAN pembudayaan integriti dalam sektor perkhidmatan awam, seru Menteri kepada sekalian hadirin di sini tadi.

Memetik sumber rasmi Facebook ATM, Mohamed atau mesra dipanggil ‘Tok Mat’ berkata kementeriannya secara khusus akan melaksanakan Peluang Kerjaya Kedua serta Program Inisiatif Perumahan Veteran ATM.

“Pelaksanaan KPP juga turut disokong Pelan Strategik MINDEF (Kementerian Pertahanan) 2021 – 2025.

“Agenda pembangunan sosioekonomi veteran ATM akan terus diperkasakan bagi membantu veteran.

“Dua aktiviti yang akan diberikan perhatian khusus ialah, Peluang Kerjaya Kedua serta Program Inisiatif Perumahan Veteran ATM,” jelasnya yang juga Ahli Parlimen Rembau, Negeri Sembilan sebelum menyerahkan Zakat Wakalah kepada 100 Warga Pertahanan di sini.

GAMBAR hadirin dalam kalangan Panglima Perkhidmatan dan para pegawai kanan awam turut sertai majlis amanat Menteri tersebut di sini tadi.

Di samping itu, beliau memberitahu bahawa kementeriannya serta ATM turut berusaha membina keupayaan dan kapasiti dalam domain siber dan elektromagnetik.

Dalam isu berasingan, beliau turut menyeru seluruh penjawat awam supaya melestarikan serta menyemarak lagi pembudayaan integriti dalam perkhidmatan awam demi memastikan Kerajaan Perpaduan yang dibentuk pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) terus selari dengan citarasa rakyat teramai.

Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly bin Zahari; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Affendi Buang TUDM; Pengurusan Tertinggi Kementerian Pertahanan dan para Panglima Perkhidmatan dan para pegawai kanan awam turut sertai majlis amanat Menteri tersebut.

~ Penerangan Umno Pulau Pinang

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button