MIROS Cari Penunggang Motosikal Untuk Kajian Rintis Pemasangan Sistem Amaran Pelanggaran Motosikal

MIROS sebelum ini telah berkongsi berkenaan prototaip untuk sistem amaran pelanggaran motosikal, dan kini mereka dilihat mula memperluaskan dan mula mencari penunggang motosikal untuk kajian rintis sistem tersebut.

Melalui kajian rintis yang ingin dijalankan, ia akan dilakukan untuk penunggang motosikal sekitar Lembah Klang, Kedah dan juga Pulau Pinang.

Sistem yang dipasangkan pada motosikal ini dijangka memberikan amaran dalam masa yang mencukupi sekiranya menghampiri kemalangan, dan seterusnya memberi ruangan kepada penunggan untuk mengelak kemalangan atau pelanggaran.

Dengan penggunaan ini ia dijangka akan lebih melindungi para penunggang motosikal, dan mengurangkan kemalangan di jalan raya.

Bagi anda yang berminat untuk menyertai kajian ini, dan sekiranya berada sekitar Lembah Klang, Kedah, dan Pulau Pinang, boleh mendaftar untuk menyertai kajian ini.

MIROS dan rakan kerjasama penyelidikan PLUS Malaysia sedang mencari penunggang motosikal untuk menjadi peserta Kajian Rintis Pemasangan Sistem Amaran Perlanggaran Motosikal MIROS (MCAS).Mereka yang berminat boleh mengisi borang saringan di pautan berikut: https://t.co/m9gpWK6RoS pic.twitter.com/KD3SiuoFeX— MIROS (@mirosroadsafety) December 21, 2022

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button