info@rakyat.my
Wednesday, June 16, 2021
Berita

MPay biayai pembinaan solar fotovoltaik berskala besar Coral Power

33views

KUALA LUMPUR, 23 Okt  — Unit pinjaman wang berlesen milik ManagePay Systems Bhd (MPay) iaitu ManagePay Resources Sdn Bhd membuat tawaran untuk membiayai loji fotovoltaik solar (PV) berskala besar berkapasiti 9.99-megawatt (MW) di Manjung, Perak, telah diterima oleh Coral Power Sdn Bhd .

Coral Power yang dimiliki 70 peratus oleh Minetech Resources Bhd telah mendapat kontrak untuk membina loji PV solar berskala besar untuk tempoh 21 tahun di bawah tender kedua solar berskala besar (LSS2) pada tahun 2018, kata MPay.

“Tawaran pembiayaan MPay ini tertakluk kepada Coral Power memenuhi syarat sebelumnya dan MPay berjaya mengumpulkan Dana Tenaga Hijau melalui Passion Venture Capital Pte Ltd yang disenaraikan di Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS) seperti yang diumumkan pada 1 September 2020,” penyedia produk dan perkhidmatan teknologi kewangan kata dalam satu kenyataan hari ini.

Ia berkata, berstruktur dengan pinjaman jangka pendek selama 18 bulan, pembiayaan itu akan ditukar kepada pinjaman penuh selama lapan tahun selepas tempoh itu.

Pengarah Urusan MPay, Datuk Chew Chee Seng berkata tawaran pembiayaan itu merupakan peluang bagi syarikat untuk memanfaatkan prospek pertumbuhan sektor tenaga boleh diperbaharui selepas pengumuman itu dibuat bahawa ia bekerjasama dengan Passion Venture Capital untuk mengumpulkan Dana Tenaga Hijau daripada pelabur antarabangsa untuk pasaran tenaga boleh diperbaharui di Malaysia.

Pengarah Urusan Coral Power Jot Seng Keong berkata pembiayaan MPay datang pada masa yang paling ideal.

“Kami yakin dengan pembiayaan MPay, projek kami akan berjalan lancar mulai sekarang dan pada masa depan,” katanya.

— BERNAMA

Source link