BeritaSains dan Teknologi

MPC sasar 5,000 syarikat terima manfaat program MyReskill IoT

KUALA LUMPUR, 31 Ogos  — Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) menyasarkan 5,000 syarikat yang menyertai program MyReskill IoT akan mendapat manfaat daripada program itu.

Ketua Pengarah MPC Datuk Abdul Latif Abu Seman berkata program itu yang akan dilancarkan pada 2 September ini bertujuan menambah baik prestasi produktiviti dengan meningkatkan kadar penggunaan teknologi untuk syarikat pelbagai saiz di negara ini.

“Lebih banyak syarikat berpeluang melaksanakan pendigitalan bagi menghasilkan impak digital teknologi yang lebih signifikan terhadap pertumbuhan produktiviti.

“Penggunaan teknologi yang lebih tinggi dalam kalangan syarikat pelbagai saiz membuka peluang lebih luas untuk memacu pertumbuhan produktiviti negara,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Pembentangan mengenai pengenalan program dan penggunaan Internet Pelbagai Benda (IoT) untuk meningkatkan produktiviti akan disampaikan oleh pakar produktiviti dan wakil industri selepas sesi perasmian program berkenaan.

Syarikat yang berminat untuk menyertai program ini boleh menghubungi MPC melalui eepn@mpc.gov.my atau melayari https://wayup.my/retamyreskilliot/ untuk maklumat lanjut.

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button