Sabtu, Jun 25, 2022
HomeBeritaMPCB bersama bangunkan 570 unit rumah mampu milik di Johor

MPCB bersama bangunkan 570 unit rumah mampu milik di Johor

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) — Malaysia Pacific Corporation Bhd (MPCB) dan Real Trend Development Sdn Bhd (RTDSB) memeterai memorandum persefahaman (MOU) untuk bersama-sama membangunkan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) di bawah skim perumahan Dasar Perumahan Rakyat Johor dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM85.5 juta.

MOU itu juga melibatkan projek komersial yang terdiri daripada pejabat kedai dengan GDV sebanyak RM62.84 juta. Kedua-dua projek itu akan ditempatkan di Plentong, Johor Bahru, kata MPCB dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

MPCB berkata RTDSB mencadangkan untuk memajukan 570 unit RMMJ dalam tiga fasa dengan keuntungan bersih yang dicadangkan sebanyak RM865,779.

Di bawah fasa satu, sebanyak 242 unit akan dibina, diikuti dengan 174 unit dalam fasa dua dan 154 unit pada fasa tiga.

Pembangunan komersial yang terdiri daripada 100 unit pejabat kedai itu dijangka menjana keuntungan bersih RM14.17 juta.

Kedua-dua pihak bersetuju kos pembinaan untuk pembangunan yang dicadangkan itu akan ditanggung oleh RTDSB.

MPCB ​​berkata MOU itu dijangka mempercepatkan dan merancakkan pembangunan projek itu hasil kerjasama sinergi kepakaran, sumber dan pengalaman kedua-dua pihak.

— BERNAMA

Sumber

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular