MSI Prestige 13 Evo, 14 Evo Dan 16 Evo Kini Rasmi – Skrin Hingga 165Hz, CPU Raptor Lake

Siri MSI Prestige terkenal sebagai barisan komputer riba dengan rekaan yang nipis dan ringan. Terkini, ia telah dikemaskini dengan tiga lagi model baharu dikenali sebagai Prestige 13 Evo, Prestige 14 Evo dan Prestige 16 Evo. Dua model yang besar dilengkapi dengan CPU Intel Core i7-13700H, sementara itu Prestige 13 Evo pula menggunakan CPU Intel Core i7-1360P. Sokongan GPU Intel Iris Xe turut disertakan pada ketiga-tiga model, dalam masa sama pilihan memori pula sehingga 32GB RAM LPDDR5-4800 dan storan M.2 SSD NVMe PCIe Gen4.

Seperti namanya, Prestige 13 menggunakan skrin 13.3-inci IPS FHD+ (1920 X 1200) dan nisbah aspek 16:10. Seterusnya. Prestige 14 pula dilengkapi skrin 14-inci IPS FHD+ (1920 X 1200) dan Prestige 16 menyokong skrin 16-inci IPS QHD+ (2560 X 1600) dengan kadar segar semula 165Hz. Turut disertakan adalah bateri 75Wh dengan pengecasan 65W pada Prestige 13, 72Wh dengan pengecasan 100W pada Prestige 14 dan Prestige 16 pula memuatkan bateri 82Wh dengan pengecasan 100W.

Lain-lain spesifikasi termasuklah kamera FHD, papan kekunci fizikal dengan sokongan lampu latar, sistem pembesar suara stereo dan pengimbas cap jari. Pilihan I/O terdiri dengan 2x Type-C, 1x Type-A USB3.2 Gen1 dan 1x pembaca kad Micro SD untuk Prestige 13. Seterusnya, 2x Type-C, 1x Type-A USB3.2 Gen2, 1x pembaca kad Micro SD dan 1 x HDMI untuk Prestige 14. Kemudian, Prestige 16 pula mempunyai 2x Type-C, 2x Type-A USB3.2 Gen2, 1x pembaca kad MicroSD dan 1x HDMI.

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button