info@rakyat.my
Thursday, June 17, 2021
Berita

MTC lantik Muhtar Ketua Pegawai Eksekutif baharu

84views

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) —  Majlis Perkayuan Malaysia ( MTC) melantik Pengerusi Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia, Muhtar Suhaili sebagai ketua pegawai eksekutif baharunya berkuat kuasa 1 Nov.

“Dengan pengalaman dan pengetahuan luas beliau dalam pelbagai industri dan pertubuhan multinasional, Muhtar akan memainkan peranan penting dalam meningkatkan usaha MTC untuk membawa industri perkayuan Malaysia ke tahap yang lebih tinggi,” kata Pengerusinya Mazli Zakuan Mohd Noor dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum menyertai MTC, Muhtar merupakan jurutera projek utama di Shell Malays, yang telah berkhidmat selama 15 tahun.

Beliau mempunyai pengetahuan luas dalam menguruskan projek mega, perancangan perniagaan, inisiatif peningkatan perniagaan, perancangan tenaga manusia dan pembangunan sumber manusia.

— BERNAMA

Source link