info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

Mustapa Mohamed Positif COVID-19, Dimasukkan Ke HRPZ II

77views

KUALA LUMPUR, 10 Jan — Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed disahkan positif COVID-19.

Menurut kenyataan pejabat beliau hari ini, Mustapa memperoleh keputusan ujian saringan beliau malam tadi selepas menjalani ujian tersebut pada sebelah pagi, sejurus tiba di Kota Bharu dari ibu negara.

Beliau telah dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di  Kota Bharu, Kelantan pada 10.30 malam Sabtu dan keadaannya dilaporkan stabil.

“Datuk Seri Mustapa memohon maaf atas kesulitan yang timbul akibat daripada perkara ini dan memohon agar semua pihak berdoa kepada Allah SWT (agar) memudahkan urusan kita semua,” demikian menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, menteri berkenaan menjalani ujian saringan COVID-19 pada 1 Jan lepas, namun keputusannya negatif.

— BERNAMA

Source link