Sabtu, Jun 25, 2022
HomeBeritaNahas helikopter, tujuh maut di Itali

Nahas helikopter, tujuh maut di Itali

ROM, 12 Jun (Bernama) — Sebuah helikopter yang hilang daripada radar trafik udara pada Khamis telah ditemukan dan kesemua tujuh penumpang disahkan terkorban, menurut pihak berkuasa Itali pada Sabtu.

Seorang pengembara yang melalui kawasan berhampiran Monte Cusna – sebuah gunung di wilayah tengah Itali Emilia Romagna berhampiran sempadan dengan Tuscany – menghubungi pihak berkuasa selepas menemui serpihan bangkai pesawat itu, lapor Xinhua.

Menurut laporan, seorang juruterbang, seorang warga Itali, termasuk empat warga Turki dan dua rakyat Lubnan terkorban dalam nahas itu.

Pihak berkuasa Itali telah menjalankan operasi mencari bagi mengesan helikopter dan penumpangnya sejak Khamis.

Helikopter itu dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan dari bandar Tuscan Lucca ke Treviso, sebuah bandar yang terletak di utara Venice.

Pegawai Itali masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai punca nahas.

Pihak berkuasa tempatan berjaya menemukan lima mayat pada Sabtu. Beberapa jam kemudian, dua lagi mayat ditemukan.

BERNAMA

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular