info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

Naib Ketua Armada Dikuatiri Lemas

101views

KOTA TINGGI, 11 Dis — Naib Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kota Tinggi dikhuatiri lemas selepas tergelincir ketika melakukan kerja membaiki jeti nelayan di Tanjung Balau di sini semalam.

Mangsa, Mohd. Zulfikrie Buang, 24, dipercayai tergelincir dalam kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Fadli Ismail berkata, pihak bomba menerima panggilan kejadian itu pada pukul 5.04 petang sebelum menghantar sembilan anggota ke lokasi kejadian.

“Mangsa lemas iaitu lelaki dewasa berusia 24 tahun dipercayai telah tergelincir dari perancah semasa membuat kerja-kerja membaiki jeti.

“Kita dimaklumkan keadaan di lokasi cuaca hujan, laut berombak dan angin kuat ketika kejadian berlaku.

“Susulan itu operasi pencarian dilakukan dipinggir pantai di tiga kawasan iaitu di jeti nelayan Tanjung Balau, Jeti Challet Tanjung Balau dan Pantai Tanjung Balau,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya operasi turut dibantu agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia. – UTUSAN

Source Link