info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

Niaga Hadapan Emas Dijangka Berhati-hati Minggu Depan

44views

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 31 Okt  — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan dagangan berhati-hati pada minggu depan menjejaki prestasi niaga hadapan COMEX Amerika Syarikat (AS) ketika peniaga menumpukan perhatian terhadap pilihan raya presiden AS.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Muhammad Fawwaz Zakaria berkata, peniaga mungkin akan terus tidak memasuki pasaran bagi mengikuti perkembangan berkaitan pilihan raya yang akan berlangsung pada 3 November otu.

“Pasaran boleh berubah-ubah dan pergerakan emas tidak menentu ketika ini,” katanya kepada Bernama.

Jumlah kes COVID-19 di seluruh dunia juga akan terus mempengaruhi harga emas, katanya.

Sementara itu, pasaran emas tempatan sepanjang minggu yang baru berakhir ini ditutup tanpa diniagakan dengan tiada volum direkodkan bagaimanapun kontrak Oktober 2020 merekodkan peningkatan sedikit dalam nilai pada 0.55 sen pada Jumaat.

Bagi perbandingan Jumaat hingga Jumaat, permintaan terhadap emas di Bursa Malaysia untuk bulan Oktober 2020 pada RM250.55 segram daripada RM240.00 segram.

Niaga hadapan bagi November 2020, Disember 2020 dan Januari 2021 kekal tidak berubah masing-masing pada RM248.25, RM254.00 dan RM251.50 segram.

Jumlah dagangan adalah sifar manakala kepentingan terbuka kekal pada 24 kontrak.

Harga emas fizikal susut RM5.33 kepada RM241.53 segram berbanding RM246.86 pada Jumaat lepas.

Pasaran ditutup pada Khamis untuk cuti umum samburan Maulidur Rasul.

— BERNAMA

Niaga Hadapan Emas, Bursa Malaysia Derivatives,  COMEX, Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat

RKMS CYC MHFD YAM

Source link