info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
PerniagaanRencana

Norma baharu bantu memacu perkembangan ekonomi digital negara

94views

USAHA kerajaan mendorong rakyat menerapkan pembayaran digital telah bermula menerusi pengenalan e-Tunai Rakyat, ia dilihat sebagai satu langkah proaktif selari dengan agenda digital negara.

Tidak dinafikan serangan wabak yang melanda seluruh dunia membantu mempercepat usaha ini apabila lebih ramai peniaga mula mendigitalkan perniagaan mereka bagi terus bertahan dalam waktu yang yang sukar.

Pendigitalan perniagaan juga memberi peluang kepada rakyat Malaysia membantu perkembangan ekonomi digital melalui pembelian secara dalam talian menggunakan e-dompet yang lebih selamat dengan pematuhan kepada penjarakan sosial.

Bagi merangsang pertumbuhan ekonomi digital, kerajaan kemudian memperkenalkan inisiatif “Shop Malaysia Online” (SMO) dan program ePenjana, salah satu inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)

Program ePenjana membabitkan peruntukan sebanyak RM750 juta, memberikan manfaat kepada 15 juta rakyat Malaysia.

Pengendali e-dompet catat peningkatan

Inisiatif kerajaan ini jelas membuahkan hasil apabila GrabPay, salah satu pengendali e-dompet di bawah program ePenjana yang turut sama menyokong SMO, mencatatkan peningkatan 60 peratus pengguna e-dompet sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan.

Ini selari dengan peningkatan jualan peniaga sebanyak 15 peratus melalui pautan GrabPay dan tambahan lebih daripada 8,000 peniaga baru dalam tempoh berkenaan.

Dalam usaha mendigitalkan ekonomi, GrabPay memfokuskan kepada perniagaan tradisional supaya tidak ketinggalan dan mempunyai akses kepada pembayaran digital serta infrastruktur teknologi. 

Ini secara tidak langsung memudahkan penerimaan GrabPay di seluruh negara, pengguna boleh mengakses keperluan dan kehendak mereka dengan mudah, selamat dan pada masa yang sama menggalakkan gaya hidup digital dengan penggunaan e-dompet.

Menurut Ketua GrabPay, Grab Malaysia, Priyanka Madan sebagai peneraju teknologi dan ekonomi digital, GrabPay bersama dengan kerajaan bagi menggalakkan pembabitan peniaga dan pengguna.

“Wabak yang melanda mempercepatkan agenda digital negara, Grab bertuah kerana mampu menyesuaikan perniagaan dengan sewajarnya bagi menyokong keperluan ini. Ini kerana apabila semakin banyak pelanggan mulai beralih ke platform digital, para pedagang harus mencari peluang yang baru dan inovatif untuk terus meneroka dan kekal berhubung dengan pelanggan mereka,” katanya.

Kekurangan sumber pengetahuan dan bantuan untuk mula berniaga atas talian di kalangan peniaga menjadi faktor pendorong kepada GrabPay untuk mencipta lebih banyak peluang pendapatan untuk peniaga dan rakan kongsi.

Beberapa inisiatif yang diperkenalkan bagi menggalakkan usaha ini seperti, pautan GrabPay untuk memudahkan peniaga menjual dan menerima pembayaran melalui platform sosial, pasar basah tempatan dalam talian melalui Pasar di dalam GrabMart dan Bazar Ramadan digital melalui perkongsian dengan majlis tempatan.

Pedagang pasar basah tempatan dan bazar Ramadan dalam inisiatif Grab. – FOTO Grab Malaysia

Grab turut memperluaskan GrabMart ke lebih lokasi bagi membantu peruncit tempatan memberikan perkhidmatan kepada lebih pengguna secara dalam talian dan penghantaran segera.

Peningkatan pengguna luar Lembah Klang

Pengguna mendapat manfaat dengan e-dompet. – FOTO Grab Malaysia

Grab turut memperluaskan GrabMart ke lebih lokasi bagi membantu peruncit tempatan memberikan perkhidmatan kepada lebih pengguna secara dalam talian dan penghantaran segera.

Grab turut memperluaskan GrabMart ke lebih lokasi bagi membantu peruncit tempatan memberikan perkhidmatan kepada lebih pengguna secara dalam talian dan penghantaran segera.

Melalui pengenalan e-Tunai pada awal tahun lalu, Grab mencatatkan 70 peratus penuntut RM30 menghabiskan wang itu di pedagang GrabPay, dengan 50 peratus penuntut masih menjadi pengguna aktif.

Peningkatan ketara dicatatkan menerusi pengenalan ePenjana apabila jumlah penuntut meningkat kepada 3:1.

Kerajaan berjaya mencatat kembali pulangan lebih RM130 juta melalui ePenjana dan SMO, yang menyaksikan Johor Bahru, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu menjadi penyumbang tertinggi penuntut ePenjana dari kawasan luar Lembah Klang.

Dalam pada itu, lebih 93 peratus penuntut direkodkan menghabiskan penggunaan kredit ePenjana mereka sebelum akhir bulan September. 

Manakala lebih daripada 40 peratus pengguna tidak aktif yang telah menuntut ePenjana mereka melalui Grab, masih aktif di platform itu.

Perbelanjaan mingguan juga menyaksikan peningkatan sebanyak 40 peratus dengan penggunaan ePenjana berbanding 13 peratus yang dicatatkan semasa e-Tunai Rakyat.

Inisiatif ePenjana dilihat sebagai langkah yang tepat dengan peningkatan sebanyak 25 peratus penggunaan e-dompet di seluruh negara yang merangkumi pelbagai kategori seperti bahan runcit, ubat-ubatan, makanan, barangan elektronik dan perkakasan rumah

Pelbagai kajian menunjukkan perubahan tingkah laku di peringkat global dan serantau pasca penutupan dan kajian oleh VISA menunjukkan 70 peratus rakyat Malaysia akan terus menggunakan pembayaran digital.

Perkhidmatan seperti penghantaran bahan keperluan dan makanan menyaksikan pertumbuhan dua kali lebih tinggi pada suku tahunan jelas menunjukkan pengguna menghargai kemudahan dan pembayaran dalam ekonomi digital.

Usaha sama antara kerajaan dan swasta kini berada di landasan yang tepat bagi mengembangkan ekonomi digital di peringkat tempatan dan seterusnya antarabangsa.

Source link