NTF dibubar, Op Benteng tamat secara rasmi pada 31 Dis ini

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) —  Setelah lebih dua tahun berbakti dan menyumbang kejayaan dalam menjalankan kawalan sempadan negara, Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) yang melibatkan gabungan 18 agensi keselamatan  dibubarkan secara rasmi mulai 31 Dis ini.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Tan Sri Affendi Buang berkata selaras dengan itu, Op Benteng yang dilaksanakan sejak Mei 2020 hingga 26 Dis lepas bagi mengekang risiko penularan wabak COVID-19 ke negara ini menerusi pencerobohan pendatang tanpa izin, juga ditamatkan.

“Sepanjang pelaksanaan Op Benteng, NTF telah berjaya melakukan tugas dengan cemerlang dan mencapai objektif yang telah diamanahkan.

Ia dibuktikan dengan siri-siri kejayaan NTF dengan nilai rampasan RM1.1 bilion pelbagai jenis barangan seperti dadah, arak dan rokok serta 7,490 tangkapan melibatkan 1,444 orang tekong, 23,894 orang pendatang tanpa izin dan 1,377 penyeludup,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penghargaan Perkhidmatan Operasi Benteng 2020-2022 di Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan, di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Polis Negara,  Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

— BERNAMA

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button