OIC dan Badan Dunia perlu Komited Tangani Isu Uighur

Kuala Lumpur, 7 Jan. – Alumni Parlimen Belia Malaysia percaya peranan OIC dan badan dunia lain perlu lebih sederap dan bersama dalam memperjuangkan isu Uighur . Presiden Alumni Parlimen Belia menyatakan isu ini bukan isu picisan malah ianya sudah berlarutan sekian lama . OIC dan badan dunia seperti Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) perlu ikhlas dan komited untuk memastikan hak asasi dan hak beragama mereka juga terjamin .

Alumni Parlimen Belia berharap pihak bukan kerajaan (NGO) lain boleh bersama sama untuk memperjuangkan nasib kaum Uighur ini dan yakin kebersamaan dalam kelompok akan membawa kepada kesan lagi signifikan . Pihak kami juga sudi menjadi lidah kepada Kaum Uighur yang sememangnya dekat dengan kami . Kami akan terus menyuarakan perihal ini dan yakin untung nasib ini didengari seluruh rakyat Malaysia .

Demikian menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh alumni Parlimen Belia Malaysia hari ini.

Facebook Comments Box

Azanisham Samat

Pengerusi Makmal Media Sosial Kebangsaan

Artikel Berkaitan

Back to top button