Sabtu, Jun 25, 2022
HomeBeritaOperasi pejabat JPN cawangan PKD Sungai Rambai ditutup bermula 1 Julai

Operasi pejabat JPN cawangan PKD Sungai Rambai ditutup bermula 1 Julai

MELAKA, 31 Mei (Bernama) — Perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Pusat Komuniti Desa (PKD) Sungai Rambai, Jasin akan ditamatkan sepenuhnya bermula 1 Julai depan, kata Pengarah JPN Melaka Norazle Sulaiman.

Beliau berkata berikutan itu perkhidmatan kaunter di pejabat berkenaan akan beroperasi sehingga 30 Jun ini dan sebarang urusan yang berkaitan boleh dilakukan di JPN Daerah Jasin atau mana-mana pejabat JPN yang berhampiran.

“Jabatan ini juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua pihak termasuk rakyat di sekitar kawasan pejabat tersebut, yang telah banyak memberikan kerjasama dan mendapatkan perkhidmatan sepanjang pembukaan pejabat ini sejak tahun 2016 yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat JPN Negeri Melaka di talian 06-2326600 / 06-2326881 atau e-mel ke pppmelaka@jpn.gov.my.

BERNAMA

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular