Oppo Dan OnePlus Umum Kerjasama Strategik Dalam Usaha Meningkatkan Kualiti Produk

OnePlus kini menumumkan kerjasama strategik bersama Oppo dalam usaha meningkatkan kualiti produk masing-masing. Dengan kerjasama ini, Oppo bakal melabur lebih daripada CNY 10 billion  kepada OnePlus untuk tempoh tiga tahun akan datang iaitu sehingga tahun 2025. China bakal menjadi antara pasaran terawal yang bakal menikmatik faedah kerjasama ini terlebih dahulu.

Strategi yang dinamakan sebagai ‘dwi-jenama’ baharu ini turut menyaksikan OnePlus sebagai jenama perintis untuk telefon pintar utama bagi kedua-dua pengeluar. Dalam masa sama, produk OnePlus juga akan mempunyai margin keuntungan bersih bagi membantu mengekalkan ciri dan kualiti terbaik pada pelbagai titik harga jualan.

Selain daripada itu, Oppo juga dikatakan bakal berkongsi teknologi canggihnya dengan OnePlus bagi membantu meningkatkan aspek tertentu pada produk akan datang. Seterusnya, produk OnePlus termasuklah telefon pintar dan aksesori juga akan dijual di kedai atas talian rasmi Oppo di China. Dalam masa sama, pelanggan juga boleh mendapatkan perkhidmatan baik-pulih produk di pusat servis Oppo di seluruh negara.

Turut diumumkan adalah pelancaran semula untuk aplikasi komuniti OnePlus di China. Ini sebagai salah satu platform yang memudahkan para pengguna untuk memperoleh dan berkongsi maklumat dengan mudah diantara satu sama lain. Kesemua ini telah diumumkan oleh OnePlus sewaktu majlis ulang tahun kesembilan yang diadakan baru-baru ini.

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button