info@rakyat.my
Thursday, June 17, 2021
Berita

Pakai Pelindung Muka Boleh Kena Kompaun

76views

KUALA LUMPUR: Individu yang hanya memakai pelindung muka (face shield) tanpa mengenakan bersama pelitup muka di kawasan sesak boleh dikenakan kompaun.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu jelas melanggar prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 sebagaimana diwartakan.

“Setakat ini Kementerian Kesihatan (KKM) belum membenarkan pelindung muka menggantikan pelitup muka kecuali kepada pelajar sekolah.

“Pemakaian pelitup muka masih diwajibkan, jadi bagi yang memakai pelindung muka, masih perlu memakai pelitup muka di dalamnya dan pihak berkuasa boleh mengambil tindakan terhadap individu yang melanggar SOP ditetapkan,” katanya dalam sidang media harian, di sini hari ini.

Beliau mengulas sama ada pihak berkuasa boleh mengenakan kompaun terhadap individu yang memakai pelindung muka tanpa pelitup muka sebagaimana garis panduan ditetapkan KKM.

Source Link